BFF



Sahabat 

Emak
Emak saya adalah sahabat yang paling rapat dengan saya, segala masalah samaada berkaitan dengan cinta, kerjaya dan macam-macam lagi,saya akan berkongsi dengan emak.Emak la segala-galanya untuk saya. Biar gaduh dengan kekasih, asalkan jangan gaduh dengan emak. hehehehhe  . Saya tak kesah kalau orang cakap saya ni "tamak emak", emak saya kan..? Saya tak tahu la macam mana kalau mak sudah terima menantu nanti. hurmmm.......  (  ' _ ' )






5 Rakan Seperjuangan





Saya mempunyai 4 orang sahabat . Kami bersahabat bermula dari sekolah rendah lagi. Epi,Eda,Laili,Hana, saya susun nama mereka ini mengikut turutan siapa yang meninggalkan zaman bujang terlebih dahulu. Mula-mula Epi yang berkahwin dahulu, diikuti eda, dan 12/2/2012 yang lepas giliran laili pula, dan hana pula selang beberapa minggu sahaja daripada laili iaitu 26/2/2012. Maka tinggal lah saya seorang yang belum berkahwin..hurmmm..





Walaupun mereka sudah berkahwin dan akan berkahwin hubungan persahabatan kami tidak akan terputus.Kami akan merancang untuk berkelah bersama-sama.Atau melakukan apa-apa sahaja aktiviti bersama. 






























































Laptop

Akhir sekali laptop saya, balik kerja saja mesti bukak laptop dulu, tengok cerita Korea ke,buat assignment , macam-macam lagi sambil makan lolipop. Sementara menunggu mata saya mengantuk saya akan membaca novel online "Penulisan 2u". 








2 ulasan: